INSAFPuisi Amir Hamzah
Segala kupinta tiada kauberi
segala kutanya tiada kausahuti
butalah aku terdiri 
sendiripenuntun tiada memimpin jari
Maju mundur tiada terdaya
sempit 
bumi dunia raya
runtuh ripuk astana cuaca
kureka gembira di lapangan dada
Buta tuli bisu kelu
tertahan aku di muka dewala
tertegun aku di jalan buntu
tertebas putus sutera sempana
Besar benar salah arahku
hampir tertahan tumpah berkahmu
hampir tertutup pintu restu
gapura rahsia jalan bertemu
Insaf diriku dera durhaka
gugur tersungkur merenang mata;
samar terdengar suwara suwarni
sapur melipur merindu temu.
Insaf aku
bukan ini perbuatan kekasihku
tiada mungkin reka tangannya
kerana 
cinta tiada mendera
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar