Wanita Besi Persis Dia
ArieyWee
Kalau mahu dihitung
satu demi satu
tak larat.
Banyak yang kena tengok
sebabkan orang tak tahu
erti penat lelah dia.
tak dibilangnya pada semua
tak ada wujudnya "tidak".
Di mana dia cuba saja
berusaha gigih tak mengeluh
biar berat
dia pendam.
Pasti ramaikan
orang seronok mengata
hidup dia mahu dunia ini sahaja.
Silap.
celah mana?
di carinya keluarga
ada.
ber"title" anak-isteri dan ibu.
semua "title" milik dia
ada tiga lelaki.
Jangan dibilang dia tidak kuat
kau begitu silap.
tak kiralah manusia sekaya dunia
kau upah jatuhkan dia
bertubi-tubi melumpuhkan wanita besi
persis dia
kau akan kenal apa itu sia-sia.
Mengata orang memang mudah
lihat jatuhnya dia memang syok
tapi kita lupa
manusia tak sempurna
kalau ada cacat celanya
kita juga akan jatuh.
Yang ada anak isteri dan suami
jagalah mereka
didengki jangan.
Dia bukan wanita bermulut manis
kenal ayat berpuitis
hidup ini dia yang punya
kita punya ada.
Masing-masing jaga
apa yang ada itu milik kita
satu untuk dia
satu untuk kita seorang satu
semua sama.
tak kurang tak lebih.
Di mana mahu kucari
wanita besi persis dia?
Sarawak, 1 April 2013
Tidak ada komentar:
Posting Komentar