apabila semua sirna kau tahu makna suatu ketiadaan berlaku tetapi cahaya telah menyembunyikan keadaan itu kau tetap memandangnya dengan jelas selepas bebas dari alam butamu.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia HASYUDA ABADI Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu, Sabah. 8 Rabiulawal 1429H
abadilah kausar mahabah dalam halkum lahad rahsiaNya tatkala telah tercipta lurah arah segala anugerah bersemadi damai, tanpa kelihatan tanda atau kedengaran degup di mana-mana cahaya telah menyembunyikan wujudnya dalam Wujud kerana sumber azali telah memaktubkan setiap peristiwa. hanya gumam tenggelam dalam rahsia yang selamanya tidak terbongkar diharumi cahaya damai saat di mana-mana jua tiada lagi apa-apa selain fana dan menerima anugerahNya tanpa berpaling.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia HASYUDA ABADI Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu, Sabah. 8 Rabiulawal 1429H
tatkala yang sirna itu hanya malam-malam yang kudambakan syurga, sebenarnya ketika itu kitab telah lebih awal menetaskan air jernih yang mengalir berpuncakan cermin diri, berhenti membilang detik yang hilang pada malam-malam yang memegahkan wibawa, cermin pula enggan mengakhiri cahaya memulangkan pandangan wajahku, kuingin mengenalinya sebagai rawatan riwayat yang berlabuh teduh, meski kutemui makna lebur kuakur mengendarai hudhud sebagaimana azali yang termaktub dalam kitab.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia HASYUDA ABADI Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu, Sabah. 8 Rabiulawal 1429H
ya – jambatan itu hampir roboh ketika banjir besar, alangkah ajaibnya banjir itu bertukar kepada selendang sutera, gumamku di tengah-tengah menghadap alam maya berteleku meratib ketakjuban, inilah pengantara yang telah azali antara yang terang dan yang tersembunyi. saat keajaiban membawaku terbang lebih akrab dalam awan jernih memandang jambatan tegak tegap diulit selendang sutera menggantikan samudera.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia HASYUDA ABADI Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu, Sabah. 8 Rabiulawal 1429H
rentung aku dalam panas keagungannya hancur aku dalam kesempurnaannya beku aku dalam wap keindahannya hilang aku dalam kebenaran janji-janjinya musnah aku tiada apa-apa tanpa kekuatan yang membantu kecuali ketika segala aku menjawab tanpa campur tanganku pertanyaan-pertanyaannya dan masa silam yang telah lama dalam perhitungan.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia HASYUDA ABADI Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu, Sabah. 8 Rabiulawal 1429H
hilang aku dari kamar yang terakar detik menyembunyikan nafs. sirna aku dari kuku yang terakar tegar menyimpan akrab. lebur aku dari ada yang terakar redha merapi sunyi. nazak aku dari nafas yang terakar kun menanti kun.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia HASYUDA ABADI Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu, Sabah. 8 Rabiulawal 1429H
aku buta katamu tapi kau memandang aku sebagai objek yang indah bukan juga sebagaimana aku kerana cahaya telah memisahkan pengertiannya. aku bukan seperti di dalam cermin yang sedang fana tapi akuku kau kenali segala-galanya. kerana matahari aku buta katamu, tapi memandang betapa jelasnya keindahan.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia HASYUDA ABADI Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu, Sabah. 8 Rabiulawal 1429H
manis itu mengalir setelah pahit menggigit kalbu, takkan habis seluas alam kerana segala-galanya tercipta untuk membenarkan insan mengenali dirinya. kehidupan sering berulang kesedihan dan kegembiraan, bagai pergerakan bumi, takkan kekal pernah sama meski pengalamannya serupa. kita tetap di bawah walaupun sudah berada di atas. Itu lebih baik kerana di sisi Ilahi bawah adalah taraf yang abadi. bagai debu yang menyatukan tubuh yang berkecai jua akhirnya. kehidupan tidak tercipta untuk tewas selagi faham mengapa ia tercipta semata-mata kerana Kesempurnaan Yang Maha Esa.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia HASYUDA ABADI Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu, Sabah. 8 Rabiulawal 1429H
perlahan-lahan mengalir keluar warna lampaudari liang rahsiamu, di manakah arahnyatak kan mengalir kembali ke arahku, detikjam berputar hanya mempamit bagai lembayungyang berlalu, berganti cuaca sebagai mataharimenyoroti liku ke titiknya. mengalir perlahanke titik azali tak kelihatan dilahadkan di makamkalbu. di titik dalam noktahNya.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia HASYUDA ABADI Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu, Sabah. 8 Rabiulawal 1429H
di angkasa terawang ketika memandang zarah-zarahkubersatu dalam makrifat kembali ke azali. nipis kikis musnah dalam keagungan cinta. apakah ada manis yang mengalir air susu untuk kuteguk? aku digoda dunia dosa yang memenjara. saat terputus suara mengungkap segala hasrat segera menyertai burung-burung di angkasa. apakah semua pelayaran damba hamba diterima, menghidu wangi dan menikmati manis firdausi? dalam awangan menuju keabadian tanpa rupa hanyawajah-wajah silam menanti di hadapan al-Hakam.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia HASYUDA ABADI Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu, Sabah. 8 Rabiulawal 1429H
kaca-kaca yang kutemui malam ini rupanya cermin yang pecah yang tak sanggup memandang diriku kepada titik sebuah perjalanan panjang. kukumpul kaca-kaca yang berkecai itu dalam resah yang tak terkata dalam derita menaakul citra yang tak tersibak hijabnya. kudengar gemersik bisik sesuatu yang datang menatang kekuatan yang enggan memautkan semula serpihan kaca hingga terungkap ucap silap yang disait-siat pedang hukuman malu memandang wajah yang didewasakan pengalaman. kuberteleku memahami citra di hadapan damai malam menyimpan kaca-kaca di dasar pandangan paling dalam.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia HASYUDA ABADI Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu, Sabah. 8 Rabiulawal 1429H
perahu hayat belayar mengikut arah cuaca yang benar melepaskan ingatan berbalam bagai awan, hadir tak pernah mungkir sepanjang pelayaran bersahabat dengan penat, berkawan dengan mabuk, intim dengan gelora samudera makna kasihNya merawat wajah kalbu dari kabut. hanya suara kecil terpencil di ufuk awan ingatan berapung di angkasa raya hayat tatkala perahu wujud mencatatkan peristiwa. meski tanpa batas dalam titikNya tidak terpadan saat terjadi pelayaran yang lebih abadi, jernih merapi kalbu, menyaring segala peristiwa tanpa melupakan rahsiaNya.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia HASYUDA ABADI Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu, Sabah. 8 Rabiulawal 1429H
selepas merafakkan doa akhir dan awal tahun perahu hayat membenarkan pelayaran merentas batas hijrah, taburan mawar syukur menerawang aroma cinta, kucari bingkai cermin menyatukan kekaguman cinta, cahaya menyeberang samudera memandu pelayaran dalam harap yang berganda, cintaku kembali ke akar cahaya hijrah.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia HASYUDA ABADI Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu, Sabah. 8 Rabiulawal 1429H
tidak lagi ungkapan duka yang telah sirna di horison masa, tidak juga memandang peristiwa yang memberiku leka sepanjang liku, telah diturunkan layar silam di dalam hijabNya menenggelamkan apa sahaja tanpa tanda agar segar tegar samudera pelayaran, negeri ini hanya sebuah perahu bakal meninggalkan jambatan ke alam maha luas. ada jawapan yang terhakis dalam gerimis saat keberangkatan terjadi, duka menjadi sasa meski cuma sia-sia.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia HASYUDA ABADI Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu, Sabah. 8 Rabiulawal 1429H
yang mendengarmu ialah suara yang melihatmu ialah pandang yang menyapamu ialah diam yang mengingatmu ialah detik yang memulangkanmu ialah uzlah yang mengqiamkanmu ialah nur yang menitikkanku hanya Dia.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia HASYUDA ABADI Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu, Sabah. 8 Rabiulawal 1429H
tidak lagi terjelma bait-bait baru setelah kutemuipetunjuk titikku. bait-bait yang terdahulu rupanyacuma peristiwa mengisi kehidupan sementara,ketika tidak lagi tersapa inti rahsia hanya cerminmenghias kamar didiami hukuman-hukuman lampau. di hujung bait ini telah direnjis wangi mawar dan abadi lebur di udara, apakah ada angkasa yang sesasa rahsia melepaskan sayap-sayap jelita? agarsegar anggur dan manis air yang mengalir menanti saat berangkat akan tiba. terimalah bait terakhir ini dengan titik maha titiknya. kututup kitab segala peristiwa dibawa bersama jernih doa.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia HASYUDA ABADI Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu, Sabah. 8 Rabiulawal 1429H
jika fikiranmu celaru, gembirakanlah hatimu kerana kau akan mencari di mana silapnya. apakah ada kebenaran atau kebimbangan telah semakin jelas? kau semakin resah kerana tiada suara yang sampai ke dalam akal orang-orang yang bestari. kau tidak akan berduka jika jalan di hadapan tak pernah dikenal pintu yang harus dibuka. kau tidak faham bagaimana pintu itu tercipta. kau memandang cahaya tetapi hanya bulan yang datang pada musimnya. kau memandang laut yang tidak pernah henti diriuhi gelora dan ia terus terjadi dalam hidup. gembirakanlah hatimu jika fikiran celaru kerana hanya pengalaman yang akan kenal erti damai dan tenang. kembali kepada kebenaran yang datang meskipun terlalu kemudian.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia HASYUDA ABADI Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu, Sabah. 8 Rabiulawal 1429H
jika kau bahagia gembirakanlah hatimu kerana bahagia yang hakiki adalah anugerah Ilahi yang tidak pernah kau ceritakan. kau merasa bahagia apabila rahsia semakin berada di dasar dalam kalbumu yang tersimpan gemilang muhasabah. kau merasa bahagia apabila kedukaan menjadikan kematangan kian dewasa meneguhkan akar rasa. kau berusaha menjadi kuat dengan dukungan kebahagiaan. gembirakanlah hatimu saat air mata menghantar percakapan dalam yang tidak diungkapkan.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia HASYUDA ABADI Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu, Sabah. 8 Rabiulawal 1429H
jika khilap dalam perbuatan, gembirakanlah hatimu, kerana pada saatnya kau menyedari telah menemui pengalaman di sebalik kekhilapan itu. kau akan melihat dengan pengalaman bukan mematuhi hala rasa yang merugikan selepasnya. kau berada di atas segala faham yang tidak pernah terbongkar. walaupun kau mencarinya, bertanya dalam diam atau berfikir dalam sapa. kau menerimanya tanpa jelas. kau meraba-raba dalam rimba kekhilapan yang tidak dipinta sengaja disedari. gembirakanlah hatimu apabila kau memejamkan mata, tafakur memandang keajaiban peristiwa di sebalik makna perbuatan masa lalu yang menjadi cahaya pedoman perjalanan kemudian.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia HASYUDA ABADI Pustaka Iqbal Nazim Kota Kinabalu, Sabah. 8 Rabiulawal 1429H