kemana pun melangkah kaki ini
pasti terpijak duri sembilu
menikam dada terbalah dua
kerana bicara dusta melanda
tertikam pada mutiara hati
hingga bahang nya membakar diri
kemana pun melangkah kaki ini
takut tersiram didihan air panas
menyirami telaga hati
lalu menjalar keseluruh tubuh
bak air bah melanda bumi
ranap musnah terkulai sepi
kemana pun melangkah nya kaki ini
tidak secepat dulu
perlahan mengikut alunan
takut dilontar kata kata sindiran duka
malu bergalut hiba nastapa
kerana perbuatan kendiri leka semata
melapaskan kata dusta
tanpa melihat siapa dengan bicara
tanpa berfikir akibat melanda
kerana aku adalah pendusta celaka
kini...
malu pada diri sendiri
malu...aku malu pada nya
tiada kepercayaan lagi tuk diri ini
dan kini..
semakin luput dihati tuk mempercayai ku
tertutup rapat pintu kemaafan ku pinta
tuk merubah diri ini kedalam keinsafan
kerana hina nya diri ini dimata hati nya
dan lebih hindanya diri ini dihadapan Tuhan
yang akan menghazab dosa manusia
apa lagi dosa tak terampun olih manusia
aduhai...berat nya pikulan ini akan ku bawa ke akhirat nanti
namun aku tetap reda dari ketentuan ini dari mu
Aku pasti kini
hati nya masih luka terguris dan tak terkata
Kiriman : Shahrimad Aming Lara - Brunei Darussalam
Email : rimba78@hotmail.comShare
Tidak ada komentar:
Posting Komentar