Aku dan Tuhanku!
ArieyWee
menceritakan perasaan antara
sedih, sesal dan pilu
membenam jauh di lubuk hati,
Kukhayal dengan kepalsuan dunia
menjadikan diri manusia derhaka
aku lupa aku leka;
Hidup bergelumangan dosa
sedarku cumalah seketika
ketika resah barulah kumenuju
pulang ke jalan Tuhanku!
jurangnya ketara;
sedangkan Dia kasih padaku
sedangkan Dia pelindungku
sedangkan Dia penentu takdirku.
Rimbunan dosa;
layakkah aku menghidu wangian syurgaMu?
segalanya tercatat, tercoret
aku yang angkuh, jahil dan ingkar
di lembah usiaku
Aku beratkan kaki melangkah ke rumahMu
aku pekakkan telinga mendengar azanMu,
aku melekakan tubuh badan untuk melakukan fardhuMu
aku membutakan mata untuk melihat
dan aku juga membisukan bibir untuk membaca Al-quran Mu!
sehingga ada yang mengalun kalimah merdu
mengatasi segalanya
tersentak aku dari lamunan panjang
membangkitkan untuk menuju keinsafan
tika dalam diri kealpahan
tika hati penuh keraguan.
24 Disember 2012
Tidak ada komentar:
Posting Komentar